`Abdullah bin `Abbas bin `Abdul Muththalib bin Hasyim lahir di Makkah
tiga tahun sebelum hijrah. Ayahnya adalah `Abbas, paman Rasulullah,
sedangkan ibunya bernama Lubabah binti Harits yang dijuluki Ummu Fadhl
yaitu saudara dari Maimunah, istri Rasulullah. Beliau dikenal dengan
nama Ibnu `Abbas. Selain itu, beliau juga disebut dengan panggilan Abul
`Abbas. Dari beliau inilah berasal silsilah khalifah Dinasti `Abbasiyah.
Ibnu `Abbas adalah salah satu dari empat orang pemuda bernama
`Abdullah yang mereka semua diberi titel Al-`Abadillah. Tiga rekan yang
lain ialah ‘Abdullah bin `Umar (Ibnu `Umar), `Abdullah bin Zubair (Ibnu
Zubair), dan `Abdullah bin Amr. Mereka termasuk diantara tiga puluh
orang yang menghafal dan menguasai Al-Qur’an pada saat penaklukkan Kota
Makkah. Al-`Abadillah juga merupakan bagian dari lingkar `ulama yang
dipercaya oleh kaum muslimin untuk memberi fatwa pada waktu itu.
Beliau senantiasa mengiringi Nabi. Beliau menyiapkan air untuk wudhu` Nabi. Ketika shalat, beliau berjama`ah bersama Nabi. Apabila Nabi melakukan perjalanan, beliau turut pergi bersama Nabi. Beliau juga kerap menhadiri majelis-majelis Nabi. Akibat interaksi yang sedemikian itulah, beliau banyak mengingat dan mengambil pelajaran dari setiap perkataan dan perbuatan Nabi. Dalam pada itu, Nabi pun mengajari dan mendo`akan beliau.

Pernah satu hari Rasul memanggil `Abdullah bin `Abbas yang sedang
merangkak-rangkak di atas tanah, menepuk-nepuk bahunya dan mendoakannya,
“Ya Allah, jadikanlah Ia seorang yang mendapat pemahaman mendalam
mengenai agama Islam dan berilah kefahaman kepadanya di dalam ilmu
tafsir.”
Ibnu `Abbas juga bercerita, “Suatu ketika Nabi hendak ber-wudhu, maka
aku bersegera menyediakan air untuknya. Beliau gembira dengan apa yang
telah aku lakukan itu. Sewaktu hendak memulai shalat, beliau memberi
isyarat supaya aku bendiri di sebelahnya. Namun, aku berdiri di belakang
beliau. Setelah selesai shalat, beliau menoleh ke arahku lalu berkata,
‘Hai `Abdullah, apa yang menghalangi engkau dari berada di sebelahku?’
Aku berkata, ‘Ya Rasulullah, engkau terlalu mulia dan terlalu agung pada
pandangan mataku ini untuk aku berdiri bersebelahan denganmu.’ Kemudian
Nabi mengangkat tangannya ke langit lalu berdoa, ‘Ya Allah,
karuniakanlah ia hikmah dan kebijaksanaan dan berikanlah perkembangan
ilmu daripadanya.’”
Usia Ibnu `Abbas baru menginjak 15 atau 16 tahun ketika Nabi wafat.
Setelah itu, pengejarannya terhadap ilmu tidaklah usai. Beliau berusaha
menemui sahabat-sahabat yang telah lama mengenal Nabi demi mempelajari
apa-apa yang telah Nabi ajarkan kepada mereka semua. Tentang hal ini,
Ibnu `Abbas bercerita bagaimana beliau gigih mencari hadits yang belum
diketahuinya kepada seorang sahabat penghafal hadits:
“Aku pergi menemuinya sewaktu dia tidur siang dan membentangkan
jubahku di pintu rumahnya. Angin meniupkan debu ke atas mukaku sewaktu
aku menunggunya bangun dan tidurnya. Sekiranya aku ingin, aku bisa saja
mendapatkan izinnya untuk masuk dan tentu dia akan mengizinkannya.
Tetapi aku lebih suka menunggunya supaya dia bangun dalam keadaan segar
kembali. Setelah ia keluar dan mendapati diriku dalam keadaan itu, dia
pun berkata. ‘Hai sepupu Rasulullah! Ada apa dengan engkau ini? Kalau
engkau mengirimkan seseorang kemari, tentulah aku akan datang
menemuimu.’ Aku berkata, “Akulah yang sepatutnya datang menemui engkau,
karena ilmu itu dicari, bukan datang sendiri.’ Aku pun bertanya
kepadanya mengenai hadits yang diketahuinya itu dan mendapatkan riwayat
darinya.”
Dengan kesungguhannya mencari ilmu, baik di masa hidup Nabi maupun
setelah Nabi wafat, Ibnu `Abbas memperolah kebijaksanaan yang melebihi
usianya. Karena kedalaman pengetahuan dan kedewasaannya, `Umar bin
Khaththab menyebutnya ‘pemuda yang tua (matang)’. Khalifah `Umar sering
melibatkannya ke dalam pemecahan permasalahan-permasalahan penting
negara, malah kerap mengedepankan pendapat Ibnu `Abbas ketimbang
pendapat sahabat-sahabat senior lain. Argumennya yang cerdik dan cerdas,
bijak, logis, lembut, serta mengarah pada perdamaian membuatnya andal
dalam menyelesaikan perselisihan dan perdebatan. Beliau menggunakan
debat hanya untuk mendapatkan dan mengetahui kebenaran, bukan untuk
pamer kepintaran atau menjatuhkan lawan debat. Hatinya bersih dan
jiwanya suci, bebas dari dendam, serta selalu mengharapkan kebaikan bagi
setiap orang, baik yang dikenal maupun tidak.
`Umar juga pernah berkata, “Sebaik-baik tafsir Al-Qur’an ialah dari
Ibnu `Abbas. Apabila umurku masih lanjut, aku akan selalu bergaul dengan
`Abdullah bin `Abbas.” Sa`ad bin Abi Waqqas menerangkan, “Aku tidak
pernah melihat seseorang yang lebih cepat dalam memahami sesuatu, yang
lebih berilmu dan lebih bijaksana daripada Ibnu `Abbas.” Ibnu `Abbas
tidak hanya dikenal karena pemikiran yang tajam dan ingatan yang kuat,
tapi juga dikenal murah hati. Teman-temannya berujar, “Kami tidak pernah
melihat sebuah rumah penuh dengan makanannya, minumannya, dan ilmunya
yang melebihi rumah Ibnu `Abbas.” `Ubaidullah bin `Abdullah bin Utbah
berkata, “Tak pernah aku melihat seseorang yang lebih mengerti tentang
hadits Nabi serta keputusan-keputusan yang dibuat Abu Bakar, `Umar, dan
`Utsman, daripada Ibnu `Abbas.”
Perawakan Ibnu `Abbas tinggi tapi tidak kurus, sikapnya tenang dan
wajahnya berseri, kulitnya putih kekuningan dengan janggut diwarnai.
Sifatnya terpuji, memiliki budi pekerti yang mulia, rendah hati,
simpatik-empatik penuh kecintaan, ramah dan akrab, namun tegas dan tidak
suka melakukan perbuatan sia-sia. Masruq berkata mengenainya, “Apabila
engkau melihat `Abdullah bin `Abbas maka engkau akan mengatakan bahwa ia
seorang manusia yang tampan. Apabila engkau berkata dengannya, niscaya
engkau akan mengatakan bahwa ia adalah seorang yang paling fasih
lidahnya. Jikalau engkau membicarakan ilmu dengannya, maka engkau akan
mengatakan bahwa ia adalah lautan ilmu.”
Saat ditanya, “Bagaimana Anda mendapatkan ilmu ini?” Ibnu `Abbas
menjawab, “Dengan lisan yang gemar bertanya dan akal yang suka
berpikir.” Terkenal sebagai ‘`ulama umat ini’, Ibnu `Abbas membuka
rumahnya sebagai majelis ilmu yang setiap hari penuh oleh orang-orang
yang ingin menimba ilmu padanya. Hari-hari dijatah untuk membahas
Al-Qur’an, fiqh, halal-haram, hukum waris, ilmu bahasa, syair, sejarah,
dan lain-lain. Di sisi lain, Ibnu `Abbas adalah orang yang istiqomah dan
rajin bertaubat. Beliau sering berpuasa dan menghidupkan malam dengan
ibadah, serta mudah menangis ketika menghayati ayat-ayat Al-Qur’an.
Sebagaimana lazimnya kala itu, pejabat pemerintahan adalah
orang-orang `alim. Ibnu `Abbas pun pernah menduduki posisi gubernur di
Bashrah pada masa kekhalifahan `Ali. Penduduknya bertutur tentang sepak
terjang beliau, “Ia mengambil tiga perkara dan meninggalkan tiga
perkara. Apabila ia berbicara, ia mengambil hati pendengarnya; Apabila
ia mendengarkan orang, ia mengambil telinganya (memperhatikan orang
tersebut); Apabila ia memutuskan, ia mengambil yang termudah.
Sebaliknya, ia menjauhi sifat mencari muka, menjauhi orang berbudi
buruk, dan menjauhi setiap perbuatan dosa.”
`Abdullah bin Abbas meriwayatkan sekitar 1.660 hadits. Dia sahabat
kelima yang paling banyak meriwayatkan hadist sesudah `Aisyah. Beliau
juga aktif menyambut jihad di Perang Hunain, Tha`if, Fathu Makkah dan
Haji Wada`. Selepas masa Rasul, Ia juga menyaksikan penaklukkan afrika
bersama Ibnu Abu As-Sarah, Perang Jamal dan Perang Shiffin bersama `Ali
bin Abi Thalib.
Pada akhir masa hidupnya, Ibnu `Abbas mengalami kebutaan. Beliau
menetap di Tha`if hingga wafat pada tahun 68H di usia 71 tahun.
Demikianlah, Ibnu `Abbas memiliki kekayaan besar berupa ilmu pengetahuan
serta akhlaq `ulama.
(http://www.lingkaran.org/biografi-ibnu-abbas.html)
KEMUNCULAN Abdullah bin Abbas bak membawa bersama pancaran sinar Islam
yang disebarkan Nabi saw di tengah-tengah masyarakat Arab jahiliah.
Rasulullah amat menyintai keluarga al-Abbas dan menyifatkan kedudukan pamannya dalam keadaan istimewa antara paman-paman baginda. Kecintaannya kepada Abdullah bin Abbas begitu mendalam.
Diriwayatkan bahawa ketika masih kanak-kanak lagi, Ibnu Abbas memasuki rumah Rasulullah. Baginda sedang bersama seorang yang belum dikenalinya. Abdullah gementar melihatnya lalu segera pulang dan melaporkan apa yang dilihatnya kepada ayahnya.
'Wahai anakku, engkau sebenarnya telah melihat Jibrail yang kebetulan sedang menemui Rasul,' jawab al-Abbas setelah mendengarnya.
Umum mengetahui Abdullah bin Abbas adalah seorang perawi hadis sejak ubun-ubunnya masih lembik. Beliau juga dikenali sebagai ahli tafsir (mufassir) dan hafiz (penghafal Al-Quran).
Ketika Nabi saw wafat, Abdullah baru berusia 13 atau 15 tahun tetapi dikatakan telah baligh.
Setelah wafat Nabi saw, Abdullah muncul sebagai seorang pemuda yang berjaya mencapai kedudukan terkemuka. Hati dan mindanya terbuka dan berkembang.
Beliau mengumpulkan beribu-ribu hadis Nabi saw, memahami Al-Quran sedalam-dalamnya di samping memberi fatwa mengenai pelbagai hukum agama.
Beliau malah pernah menduduki jawatan qadi dalam upaya menyelesaikan sesuatu hukum kepada orang-orang yang bersangkutan.
Abdullah tergolong dalam golongan tokoh ternama dan penting seperti Umar Ibnul Khattab, Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas'ud, Zaid bin Thabit dan Abdullah bin Umar.
Semasa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq wafat, jawatan khalifah pindah kepada Umar Ibnul Khattab. Ketika itu Abdullah bin Abbas telah memiliki pencapaian ilmu yang tinggi. Ramai anggota masyarakat mendatanginya demi menimba ilmu.
Seperti Rasulullah, Khalifah Umar juga amat menyintai Abdullah bin Abbas. Mereka saling bermusyawarah dengan para sahabat dan para bijak pandai agama.
Khalifah Umar pernah menyatakan: 'Ibnu Abbas seorang pemuda yang telah matang ilmunya, berlidah amat bernilai dan berhati bersih.'
Sebaik-baik tafsir Al-Quran, ulas Khalifah Umar, adalah daripada Ibnu Abbas.
Mengenai fatwanya, Khalifah Umar berkata: 'Tiada fatwa yang pernah kudengar lebih baik daripada fatwa Ibnu Abbas.'
Ibnu Abbas amat menghormati Khalifah Umar dan mengagumi kewibawaannya memimpin negara.
Setelah Khalifah Umar wafat, Ibnu Abbas menerima layanan yang sejajar di zaman Khalifah Uthman Ibnu Affan. Khidmat baktinya sedikit pun tidak berkurang dalam apa juga bidang sebelumnya, termasuk berjuang di medan perang.
Apabila meragui sesuatu masalah agama, ramai sahabat biasanya berpegang kepada perkataan dan pendapat Ibnu Abbas.
Ibnu Abbas dikhatan Rasulullah. Tahap kesayangan Baginda kepadanya tidak berbelah bagi - sama seperti yang diberikan Rasulullah dan Khalifah Umar sebelumnya. Namun Ibnu Abbas tidak segan-segan menegur andai terdapat sesuatu yang dipandangnya kurang tepat dalam pemerintahan Khalifah Uthman.
Ibnu Abbas amat terharu mendengar berita pembunuhan Khalifah Uthman. Namun, menimbang beliau mempunyai hubungan kerabat yang rapat dengan Saidina Ali bin Abi Thalib, beliau terpaksa memihak kepada Sayidina Ali ketika timbul sesuatu ketegangan.
Ibnu Abbas bertindak sebagai orang tengah antara suku Bani Hasyim dan suku Bani Umaiyah yang menuntut bela atas pembunuhan Khalifah Uthman.
Ibnu Abbas seorang berkulit putih kekuning-kuningan, berbadan sasa dan tinggi. Sikapnya sentiasa tenang dan wajahnya sering berseri.
Beliau berbudi pekerti dan berakhlak mulia dan tinggi serta tegas segala tindakannya.
Di akhir hayatnya, beliau mengidap penyakit mata sehingga buta. Tahun Hijrah 68 merupakan tahun wafatnya bersamaan dengan wafatnya Khalifah Abdul Malik Ibnu Marwan.
Allah telah mengabulkan doanya supaya keturunannya (Dinasti Abbasiyah) mencurahkan bakti kepada agama hingga berjaya memimpin Dunia Islam tidak kurang daripada 600 tahun.

(http://aabab01.multiply.com/reviews/item/133)
Ibnu ‘Abbas Sebagai Ulama Tafsir
http://an-nawawi.blogspot.com
http://an-nawawi.blogspot.com
عن ابن عباس قال: كنت في بيت ميمونة ابنة الحارث فوضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم طهوره فقال: من وضع هذا؟ فقالت ميمونة: عبد الله ، فقال: " اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل "
Dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata: “Aku pernah berada di rumah Maimunah binti Al-Haarits. Maka aku ambilkan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (air) untuk bersuci (thoharah). Beliau pun bertanya:
“Siapakah yang mengambilkan (air) ini?”. Maimunah menjawab: “Abdullah”. Beliau bersabda: “Ya Allah, faqihkanlah ia dalam agama dan ajarkanlah ilmu ta’wil (tafsir) kepadanya”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, 15/531, no. 7055. Ath-Thabrani, 10/263, no. 10614. Juga diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Ibnu Sa’ad, Ibnu Abi ‘Ashim)
Juga diriwayatkan oleh al-Bukhari secara marfu’ dengan lafaz:
اللهم علِّمْهُ الكتاب
“Ya Allah, ajarkanlah beliau al-Kitaab (al-Qur’an)”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/134, no. 73)
Dalam lafaz yang lain:
اللهم علمه الحكمة
“Ya Allah, ajarkanlah ia al-Hikmah”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 12/100, no. 3473)
Melalui jalan ‘Amr bin Dinar, dari Kuraib, dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata:
أتيت رسولَ الله صلى الله عليه وسلم فدعا الله لي أن يزيدني علماً وفهماً
“Aku mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan beliau berdoa kepada Allah untukku agar menambahkan kepadaku ilmu dan kefahaman (dalam agama)”. (Hadis Riwayat Ahmad, 1/330, no. 3061. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Sahih di atas Syarat al-Bukhari dan Muslim)
al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:
وهذه الدعوة مما تحقق إجابة النبي صلى الله عليه و سلم فيها لما علم من حال بن عباس في معرفة التفسير والفقه في الدين رضي الله تعالى عنه
Terjemahan: “Doa ini merupakan satu bentuk jaminan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, di mana beliau mengetahui keadaan Ibnu ‘Abbas atas keilmuannya di dalam bidang tafsir dan kefaqihannya (kefahamannya) di dalam agama – radliyallahu ta’ala ‘anhu”. (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 1/170)
al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata di ketika menyebutkan nama-nama sebagai rujukan di dalam penafsiran al-Qur’an:
ومنهم الحبر البحر عبد الله بن عباس، ابن عم رسول الله صلى الله عليه وسلم، وترجمان القرآن وببركة دعاء رسول الله صلى الله عليه وسلم له حيث قال: "اللهم فقهه في الدين، وعلمه التأويل"
Terjemahan: “Di antara mereka adalah: “al-habrul-bahr” ‘Abdullah bin ‘Abbas, anak pak cik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “turjumaanul-qur’an”, dan orang yang memiliki barakah doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, di ketika beliau bersabda: “Ya Allah, faqihkanlah ia dalam agama, dan ajarkanlah ia ilmu ta’wil (tafsir)”.” (Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, 1/8)
Ibnu Mas’ud radliyallaahu ‘anhu berkata:
لو أن ابن عباس أدرك أسناننا ما عاشره منا أحدٌ. قال وكان يقول : نعم ترجمان القرآن ابن عباس رضي الله عنه
“Sekiranya Ibnu ‘Abbas sampai kepada umur/masa kita, nescaya tidak ada seorang pun di antara kami yang dapat menandingi (ilmu)-nya. Sebaik-baik penafsir al-Qur’an adalah Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Mustadrak, 3/618, no. 6289. Ta’liq adz-Dzahabi: Sahih di atas Syarat al-Bukhari dan Muslim)
Al-Imam Mujahid bin Jabar Al-Makkiy rahimahullah berkata:
كان ابن عباس يُسَمَّى البحر من كثرة علمه
“Ibnu ‘Abbas dinamakan al-Bahr (samudera) kerana banyaknya ilmu yang beliau miliki”. (Rujuk al-Itqan fii ‘Ulumul Qur’an, 2/494, no. 6376)
Wallahu a’lam...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar